Saturday, May 6, 2017

COMEBACK




Hai & Assalamualaikum.

Haa lamanya tak berblogging baru nak berbloggin balik. heeee :).
Jadi apa kaitan tajuk comeback ni ?

Sebenarnya dulu zaman zaman sekolah rendah Nadia berblogging lah jugak tapi sebab tiada kemudahan seperti laptop takde , Internet pun pakai mobile data . Jadi, Nadia ambil keputusan untuk berhenti berblogging and delete blog tu, ahahaha padahal blog tu dulu ada 43 followers, (kira ramai lah kankan dari takde ehehehe)

Jadi kenapa Nadia nak berblogging balik ni? Tetiba je kan, dah lah umur macam dah tua je nak berblogging balik. eheheehehe.

Sebab - Sebab nya ialah :

1. Berkongsi pengalaman.

Nadia kalau boleh Nadia nak share ilmu yang Nadia ada dengan kawan kawan yang suka berblogging mana tahu pengalaman pengalaman yang kita kongsikan sama sama ni dapat dijadikan iktibar. Setuju tak? Yelah, perkara yang paling paling kita cepat belajar adalah dari pengalaman. Pengalaman lah yang mematangkan kita. Jadi apa apa perkara yang baik Nadia nak share supaya kita sama sama dapat perbaiki diri.


2. Bertukar tukar pendapat.

Yesss bertukar tukar pendapat, sebab mostly penulis blogger yang Nadia selalu buat blogwalkin korang adalah penulis berilmu, ada berkongsi tentang agama, berkongsi tentang fashion, berkongsi tentang politik, berkongsi masalah rakyat. Haaa sekaligus kita dapat satu input ilmu baru. Betul tak ? :)


3. Meluaskan empayar perkenalan.

Medan internet ni satu medan yang senang untuk kita luaskan persahabatan. Dengan melalui penulisan dekat blog ni kita dapat berkenalan walaupun tak pernah bersua. Kekadang boleh jadi bestfriend dalam blog lagi ahahaha. Ehehe Nadia harap Nadia dapat kenal lagi ramai bloggers :) , InsyaAllah.


Jadi sebab apa korang berblogging ? Mind share dekat komen :)))

Saturday, April 8, 2017

Stay Positive






Bismillahirahmanirahim.
Assalamualaikum semua (:

Okay ini sebenarnya kisah lama, tapi tak salah kan kalau aku buat sedikit throwback ? Ni kisah sehari selepas kejadian result SPM, tak semua orang dapat result yang memenuhi keinginan, betul takk? Sama juga macam kawan aku ni. Result dia membuatkan dia rasa dia tak layak untuk sambung apa yang dia inginkan, tapi result dia semuaaaaa lulus, so kalau nak masuk sambung belajar lagi layak. Bila dia cerita frust dia tuuu, aku tetiba teringat terus dekat abang aku.

Jadi kali ini aku berminat nak cerita pasal abang aku.

Bukan rezeki abang aku untuk dapat keputusan result spm yang baik, so dia kena repeat beberapa paper so that dia atleast lulus dalam spm. After that abang aku sambung ambil sijil kelulusan dalam bidang account, dekal Politeknik Banting. So, dengan cara ini abang aku dapat sambung belajar ke peringkat degree. Tapi nak tahu apa yang terkejut. Abang aku tahu dia punya kelemahan, dia tak macam orang lain boleh belajar cepat. Dan memang dalam adik beradik, abang aku ni dia susah sangat nak belajar, dia lambat sangat terima. Bukan dia tak bukak buku. Tapi abang aku ni kena ada bimbingan.

Waktu dia nak daftar masuk politeknik , untuk pertama kalinya , abang aku nangis. Dia rasa macam layak ke aku nak masuk sini? Mampu ke aku nak teruskan lepas ni ? Betul ke apa aku buat ? Sampaikan abang aku kena masuk pejabat dekan, dan kauselor dekat situ memberi semangat. "Awak sepatutnya jangan berputus asa, awak kena berusaha. Jangan risau , kami dekat sini akan membantu awak" . Lama juga lah sampai lah abang aku redha, Alhamdulillah dia sambung belajar jugak.

Apa yang membuat kan aku kagum, abang aku perform gila wehh, aku tak ingat berapa tahun, tak silap dua tahun, dia berjaya dapat anugerah dekan dekat politeknik. Time tu aku terkejut gilaaa, sebab tak sangka abang aku boleh capai, walaupun bg abang aku orang tak pandang sebab yelahkan politeknik je pun, bukan U tapi aku tetap bangga sebab apa? Sebab dengan prestasi dia yang macam tu, dia lulus cemerlang untuk sambung belajar ke peringkat seterusnya.

Walaupun abang aku belum lagi ke menara gading yang tinggi, tapi aku bangga , sekurang kurangnya dia terus tekad juga nak sambung belajar dan perform . Daripada dia tak layak ambil diploma, Hari ini dia tengah struggle jawab final exam sem last diploma. Semoga Abang saya berjaya !!!! Amin.

So , Sebenarnya yang menentukan masa depan adalah semangat kita sendiri untuk bangun bila jatuh.
Sebab kegagalan bukan perhentian cita cita tapi permulaan kejayaan cita cita.
Semoga kita semua dapat mencapai impian , InsyaAllah..

Kisah korang pulak macam mana ?? hihi


COMEBACK

Hai & Assalamualaikum. Haa lamanya tak berblogging baru nak berbloggin balik. heeee :). Jadi apa kaitan tajuk comeback ni ? S...